Wednesday 25 September 2013

SHAKLEE ONLINE IS COMING SOON


Ade BERITA BAIK tau..Baca bawah ni :

Shaklee Will Be 100% ONLINE
 

ASSALAMUALAIKUM..WBT

Apalagi mau di kata, tuan tanah nampaknye bizi bebenor sampai xsempat (lebih kepada sakit M>>MALAS) nk updated blog langsung... hehe sorry yer. tapi sekarang memang keje xmacam biase dh, bleh lenggang2 mak limah kat ofis, NAN HADOOO..keje kadang-kadang non stop 9jam, just stop time lunch n solat je...so kat ofis, tangan dah lenguh, mata pun dh sipi-sipi bleh bukak, balik rumah memang kuase mak nak menaip lagi..hehe...

Ok ni haa saye nak share "BERITA HEBAT" dari shaklee ni...Mulai 2 Oktober 2013 ni, segala urusan shaklee 100% melalui online tau. Lebih kurang macam LAZADA, ZALORA, POPLOOK dan lain lain bisnes online tu. Senang la gitu, klik je. tak payah dah susah-susah nk faks ke call ke bagitau barang-barang yang kita nk beli. Best kan..hehe

So, sesiapa yang dah jadi ahli tu bolehlah shopping online terus ngan Shaklee gune ID Shaklee masing-masing. TAPI bagi yang belum jadi ahli, jom join ahli SHAKLEE. Yuran Keahlian Hanya (RM75 sahaja, dah termasuk postage)

Memang berbaloi-baloi...yela dari duk beli saje je tu kan, ape kate kite jana pendapatan skali sama-sama....tak percaye???hehe..betuulll...bila kita beli SHAKLEE ni kita akan dapat mata(Point) tau. Sekarang masa yang sangat sesuai untuk u all mendaftar, sebabnya segala di hujung jari sekarang. U'all boleh membeli dari website Shaklee sambil mengumpul mata dari setiap pembelian dan kalau mata pembelian U all dah terkumpul 150 mata, U all akan mendapat bonus TUNAI dari Shaklee.

Haa menarik kann... so pada yang berminat nk join ahli usah risau dan tak payah susah fikir.. hubungi je saya..Memang tak rugi..jimat dan berbaloi...Jangan malu jangan segan, macam biase U all boleh hubungi saya melalui cara seperti di bawah :-

PM Maynee Razak (ID910024)
Call/SMS/Whatsapp 0139738298

Saturday 17 August 2013

AJHT (Testimonial)

 
"Sejak kebelakangan Mak sering mengadu sakit sendi & tulang punggung sehingga dia sukar untuk tidur malam, terutama bila setiap kali bangun dari duduk. Lutut pun rasa cam mencucuk-cucuk.

Selepas 4 hari konsisten makan:
AJHT 2 biji 
Ostematrix 2 biji
Omega Guard 1 biji

Mak kata,
"Alhamdulillah la, Mak rasa lega skit selepas mkn vitamin Shaklee tu. Mak dah boleh tido malam takde dah rasa sakit kat punggung ni, bila bangun dari duduk pun dah tak sakit lagi, nak solat pun mudah. Lutut pun tak rasa mencucuk sangat. Ada kurang laa.."

Alhamdulillah syukur ya Allah. Engkau berikanlah kesihatan yg terbaik buat ibubapa ku semoga mereka mudah utk beribadat kepadamu... amin." - Puan Nurul Azliza

ADVANCE JOINT HEALTH TABLET (AJHT)

Assalamualaikum wbt....

Bersiaran langsung atas tikar rotan kaler coklat rumoh ambe di puchong sambil-sambil layan runningman..hehe.. mata masih xmau lelap lantas teringat akan blog yg dah bersawang ni haa....:)

Sorry sangat-sangat wahai reader's kesayangan hati ambe (ntah ade idok reader), lately amat amat bizi plus penat,terkejar-kejar masa, rase xcukup mase yang ade dalam sehari.terlalu cepat... memang xsempat nak jengah blog. FB pun same. Sejak dah start keje kat tempat baru ni memang jarang sangat2 buka Blog n FB...:(. Yela balik keje pun dah pukul 6 sekarang, kat ofis pun memang keje melambak, tak macam dulu, kat ofis banyak goyang kaki jerrr, anytime bleh layan FB & Blog ...Dulu sesuka hati boleh masuk lambat ofis, nak kluar rehat semua, sekarang hambeeekkkk...keluar masuk ofis kene punch card, rehat on time 1jam...memang terkejar2 masa betul laaaa....Padan muka kan, gatal sangat g tukar keje lain, sape suruh... nak dekat dengan rumah kononnnnnnyeeeee..haaa merase laa keje yang sebenar2nye keje...huhu
Sorry melalut ke lain plak yer....hehe

Ok hari ni saye nk share serba sedikit berkenaan dengan produk promo kita bulan ni iaitu AJHT...Jom kita bace....:)

Apakah yang disebut-sebut Advance Joint Health Tablet???


Merupakan vitamin / supplement daripada Shaklee yang mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukan di dalam kajian klinikal yang mampu meningkatkan keselesaan sendi di dalam jangka masa seawal 5 hari - hampir 28% lebih pantas dari yang didakwa oleh satu jenama terkemuka.Ramuan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti klinikal 

  • Menggalakkan mobiliti
  • Meningkatkan fleksibiliti
  • Meningkatkan fungsi sendi
  • Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang 
  Adakah AJHT mengandungi nutrien-nutrien yang lain???
 
 Ya. AJHT mengandungi nutrient yang direka khas untuk kesihatan sendi:-
  • Zink (zinc), Kuprum (cooper) dan Mangan (tembaga) - merupakan mineral surih yang diperlukan untuk membina tisu penghubung. Selain itu juga ia merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.
  • Vitamin C - AJHT Shaklee membekalkan 100% Daily Value (Nilai Harian) Vitamin C iaitu satu nutrient yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan tisu-tisu penghubung yang lain didalam tubuh. 

AJHT ada kondroitin atau tidak???

Tidak. AJHT tidak seperti kebanyakan supplement kesihatan sendi yang lain. AJHT tidak mengandungi kondroitin, iaitu satu bahan yang terbukti didalam kajian klinikal yang menghalang penyerapan glukosamin dan ekstrak jagung. 

Apakah yang dikatakan Ekstrak Boswellia dalam AJHT istimewa???

Ekstrak Boswellia ni di dapati daripada resin pokok Boswellia serrata, ekstrak botanikal ini mengandungi asid boswellik yang menghalang formasi leukotrien, kimia yang dihasilkan oleh tubuh yang menyerang tisu sendi yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

Ekstrak utama Boswellia yang digunakan dalam AJHT mengandungi kepekatan yang tinggi AKBA (3-acetyl-11-keto-beta-boswellic acid) yang berfungsi sebagai anti radang semulajadi dan menyokong keselesaan sendi.
 
Dalam kajian klinikal terbaru, para peserta yang mengambil ekstrak Boswellia didalam AJHT melaporkan keselesaan sendi yang lebih baik, pergerakan yang lebih mudah, dan kemampuan yang lebih untuk melakukan aktiviti harian berbanding dengan mereka yang mengambil satu lagi jenis ekstrak Boswellia yang mengandungi tahap AKBA yang lebih tinggi.
 
Apakah ekstrak jagung???  

Ektrak jagung semulajadi yang terdapat dalam AJHT kaya dengan glukosamin, sejenis gula amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan struktur proteoglycans yang merupakan komponen untuk membina struktur tulang rawan dan cecair di antara tulang yang membekalkan pelinciran.

Glukosamin mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligamen. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.
 
Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet???

Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 Di bawah ni antara testimonial yang dah amalkan AJHT ni.
 
"AJHT review First Day (21st June 2012):

Saya nak share pengalaman saya makan AJHT, walaupun baru sekali makan (malam tadi), kesannya memang menakjubkan!

Dah 2-3hari kaki saya sakit especially kat pelipat lutut tu kan..memang sakit ya amat. Bila nak duduk antara dua sujud, sakitnya ALLAH je yang tahu..tu yang makan AJT tu, sebab dalam buku kecik tu ada bagitau boleh bantu sendi2 dan tulang rawan..and AJHT ni best taken with Ostematrix. So, saya amik both sekaligus. 2 bj AJT, 2 bj Oste before sleep. 

Wahh! penangan lepas amik memang saya takleh nak tidur lena, maybe "short term healing crisis". Minum air banyak before sleep, sudahnya saya asyik ke toilet dan nak dijadikan cerita, 2-3hari ni pun saya batuk2..lepas makan AJHT n Ostematrix tu, saya tak batuk dah malam tadi. Pergi toilet buang air sekali dengan kahak2 pun keluar (yg ni kena buat study lak apa significant function AJHT n Ostematrix ni boleh buangkan kahak..huhu..). Nak kira bangun berapa kali ke toilet tu saya pun tak pasti. Sudahnya kol 4 pagi tadi baru dapat lena. 

Bangun kol 6 pagi tadi, solat Subuh, MASHA-ALLAH! Pelipat lutut saya tak sakit langsung!! Serius tak tipu. AlhamduLILLAH, badan rasa lebih ringan bila bangun tidur, jauh lebih ringan daripada saya consume Oste tetiap malam before this.

AJHT review after 5 days (26th June 2012):

Woohoo! memang AJHT the best! I konsisten makan AJHT +Ostematrix harini dah masuk hari ke-6, serius kesan dia lain macam. 

Segala2nya lancar..haha..bila cakap pasal segala-galanya lancar. Ya segala-galanyalahh. Kalau you all ada problem sembelit ambil Ostematrix (ni utk sape2 taknak amik alfalfa/herblax kan), amik sekali dgn AJHT ni membantu. 

Angin satu badan pun hilang. I rasa melayang-layang je badan bangun pagi. Dahla kurus kering. Hahahaha. Memang rasa best badan. Takde lenguh2, pelipat lutut yang sakit haritu after 3 days totally hilang. ALhamduLILLAH. Part badan or sendi2 yang selalu sakit, lenguh tu akan hilang..inshaALLAH.." - Puan Lia  
 
Best dan happy sangat-sangat bila baca testimonial-testimonial yang dah berjaya lepas amalkan produk shaklee ni...memang majoriti yang amalkan produk ni berpuas hati dan terus kekal amal makan produk shaklee..memang terbaikkk..macam saya jugak la, lepas dah banyak cuba makan macam-macam produk, last-last berani kan diri dan korbankan duit untuk cuba amalkan produk shaklee ni, memang terbaik dan menakjubkan la...so sampai hari ni memang produk shaklee jela amalan harian saya. Tak pernah miss.....Paling sukeee, ALFAFA....:)
 
Ok dah habis baca, dah faham kannn....so pada sape-sape yang berkenaan punya masalah sendi dan tulang boleh la cuba try test AJHT ni, InsyaAllah jika kita rajin amal dan disiplin ikut aturan makan AJHT ni akan nampak hasilnye. Yang penting yakin dan tawakkal..mohon Doa pada Dia moga mujarab dan disembuhkan penyakit kita...Amin
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
So, sekiranye anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AJHT atau produk-produk lain dan ingin meng'order', senang je..anda boleh la hubungi saya macam biase :- 
 
 
Normaini Ab Razak
Shaklee Independent Distributor | ID 910024
Facebook :  Maynee Razak
WhatsApp | SMS : 013 973 8298
Email : normainirazak@gmail.com
 
**betul la org cakap, penulisan di awal pagi mengundang idea yang banyak. panjang betul bicara ambe hari ni....hehe...SELAMAT MEMBACA...WASSALAM...

Wednesday 17 July 2013

Bertenaga Di Bulan Puasa

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.....:)

Bersiaran langsung dari meja makan sambil-sambil menikmati sahur...Pagi ni sahur saya hanya milo + mealshake cicah biskut, best. Harapnya boleh bertahan la sampai petang sebab sebelum ni saya pernah bersahur just shake soya+mealshake, memang boleh bertahan sampai petang. Ok la kan boleh diet skali, lagipun time-time macam ni susah sikit la nak telan nasi. Makan biskut@roti lagi berselera...hehe

Tu lah yang bestnya shaklee ni, setiap satu produk memberikan kebaikan dan kelebihan yang berbeza dari produk-produk kesihatan yang lain. Antara supplemen shaklee yang boleh membantu anda mebekalkan dan meningkatkan tenaga di bulan puasa ni dah semestinya lah ESP + Mealshakes dan Performance Drink. KENAPA??? Ok jom saya nak jelaskan kenapa saya katakan  3 produk di atas boleh membantu anda. Saya jelaskan satu-satu yer...


1. ESP (Energizing Soy Protein)
  • Didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat daripada 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. 
  • Membantu mengekalkan tenaga berpanjangan sepanjang kita berpuasa
  • Membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia menbantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu dapat kita mengelakkan rasa pedih ulu hati. Sangat sesuai untuk mereka yang ada gastrik.
  • Gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja anda sepanjang anda berpuasa.
2. Performance Drink
  • Mempunyai rasa oren yang menyegarkan.
  • Ia menjadi pilihan ahli2 sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif supaya kekal bertenaga dan mengurangkan rasa dahaga melalui:-
~ Rumusan ekslusif opticarb memberi kita Karbohidrat bagi daya tahan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera.
~ Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan.
~ Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.
3. Meal Shakes
  • Berperisa vanila yang membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting.
  • Kaya dengan kalsium dan membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
  • Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuk dan sahur kita.
  • Meal Shakes juga merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 
Paling penting 3 produk di atas selain merupakan hidangan yang lazat dan berkhasiat, ia juga mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga.Macam saya ni memang suka sangat la kalau dah senang nak sediakan. Jimat masa, jimat tenaga..hehe

Haa dah tau kan sebabnya, so apa tunggu lagi, masih sempat lagi kalau anda ade keinginan untuk mencuba supplemen di atas. Tak payah susah-susah nak fikir mana nak beli, call je saya atau wassap pun boleh.

Untuk Info & Order:
FB Maynee Razak

Fanpages Chantek Sihat Semulajadi
Shaklee Independent Distributor | ID - 910024
SMS/Whatsapp: 013 973 8298



**** Set ini juga sesuai untuk ibu menyusu dan preggy mommies yang ingin menunaikan ibadah puasa. Mereka yang sentiasa aktif dan sesiapa sahaja yang ingin memelihara taraf kesihatan yang baik walaupun ketika berpuasa. Juga sesuai untuk seisi keluarga tak kira usia..








Sunday 14 July 2013

Saya dan Alfafa

Assalamualaikum dan selamat pagii......


Lamanya blog ni sepi kan. Sorry la, saya busy la lately. Rasa tak tekejar masa yang ade, kena pulak bulan Ramadhan ni kan. Ok takpe, kita cover balik ape yang tertinggal.

So, hari ni saya nak berkongsi testimoni saya sendiri  setelah mengamalkan Product SHAKLEE. Salah satu yang saya sedang amalkan sampai sekarang ialah Alfafa Complex. Memang nampak ketara la perubahan pada badan. yela kita yang makan so kita la yang rasa kan.
Dulu hampir setiap hari, pagi saya mesti dimulakan dengan bersin berturut2 stok susah nak stop sampai meleleh2 hingus, xselesa sgt. Anak sulung aqil pn sama, warisi penyakit ibu. kesian sgt. tp sejak saya amalkan alfafa ni Alhamdulillah memang dah jarang sangat bersin awal pagi. Suami pun perasan dan tegur. Untuk aqil saya bagi dia mealshake dan Chewable Vita C dan sekarang nampak berkurang jugak so far...InsyaAllah.
Paling best keputihan yang buat saya stress sebelum ni dah hilang.Bukan berkurang yer, HILANG..tak perlu dah nak berteman panty liner everyday. mmg selesa sangat...Sape-sape yang alami masalah macam saya ni memang saya recommended la untuk cuba amalkan alfafa ni.memang tak menyesal..:)
Nak lagi Best???hehe...tak perlu berjamu bagai dah untuk dalaman sebagai seorang isteri. Alfafa ni sendiri dah terbukti bertindak sebagai kacip fatimah untuk wanita bergelar isteri..rata-rata yang mengamalkan Alfafa ni memang majoriti cakap benda yang sama. Sebelum ni memang dah macam-macam saya makan, bukan kate tak jadi,memang jadi, tapi stok asyik la putus-putus jeee..maklum la mahai. Tu yang jadi tak tetap je makan, asyik la tukar-tukar...yela duit gaji tiap2 bulan pun bukan kita nk pikir untuk beli itu je ye dak, banyak lagi mende lain nk kena pikir and setel. Alfafa ni yang buat saya stay amal salah satu sebabnye adelah harga yang murah dan tahan lama.berkesan pulak tu. yela kalau 1 botol bleh tahan sampai 2 ke 3 bulan memang penjimatan extra la kan.
Lagi satu kan Alfafa ni bertindak sebagai detox, best sebab tetiap pagi mesti membuang. Bila makan Alfafa kita automatik akan sentiasa rasa dahaga, maka dengan itu banyak la jugak kita akan minum air. kalau dulu nak habiskan 1 mug air masak pun payah, sekarang paling kurang 2liter sehari mesti confirm. itu yang makin senang proses membuang tu. Kalau tak percaya jom la kita pakat-pakat amalkan ALFAFA....hehehe

Panjang mak jemah membebel..hehe..takpe ni semua untuk anda semua. memang saya recommended la pada sape-sape yang nak cuba alfafa ni.tak payah ragu-ragu lagi dah.Alfafa mmg terbukti berkesan dan terbaik untuk diri anda...lebih-lebih lagi wanita.

Mana nak dapat?hehe, jangan risau. contact je saya. Saya sedia membantu anda semua. so ringan-ringankan jari jemari anda yer...:)

Untuk Info & Order:
FB Maynee Razak

Fanpages Chantek Sihat Semulajadi
Shaklee Independent Distributor | ID - 910024
SMS/Whatsapp: 013 973 8298

Thursday 4 July 2013

GLA Complex

Seperti yang semua tahu (ditujukan pada pengguna SHAKLEE Product), GLA adalah antara produk rahsia kecantikan dan kesuburan wanita. Terbukti dah ramai, rata2 yang mengamalkan GLA Complex ni berpuas hati dengan hasil yang mereka dapat. So hari ni saya nak berkongsi sedikit info sebenar tentang GLA.


Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.









Khasiat, fungsi, manfaat, kelebihan, kebaikan GLA akan saya share dalam post yang seterusnya..:)


1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung. 



 

Wednesday 26 June 2013

Fungsi Utama Herb-Lax

Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi : alfafa leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.
Fungsi Utama
  • Pembersihan najis yang tersekat.
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan  semula proses semulajadipergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
  • Boleh mengempiskan perut.
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau di campurlan dalam air panas sebagai minuman teh herba.

Di bawah adalah antara testimoni yang telah berjaya dengan herb-lax ni :-








Untuk Info & Order 

Normaini Ab Razak
Shaklee Independent Distributor
ID 910024
Facebook : Maynee Razak
FB Fan Page : Chantek Sihat Semulajadi
WhatsApp / SMS : 013 973 8298
Email : normainirazak@gmail.com
Blog : mayneerazak.blogspot.com